.: Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :.

Tuesday, December 24, 2013

Cahaya is Coming Back!


 

Hitam
gelap tidak bercahaya
malap tanpa sirna
itu yang dirasa pabila mata ditutup...
 
Hati
bagai berperang sesama sendiri
cuba mencari segaris cahaya
meskipun dalam kegelapan
saat itu
terhasillah satu imaginasi
yang menjadikan angan-angan satu realiti
 
Sukar
apabila cabaran datang bertimpa-timpa
tidak tertepis tidak jua terngadah
namun
satu perkara yang pasti
pejam lah mata
berperang lah hati
teruskan berangan dan bermimpi
agar semuanya bisa jadi realiti!
 
Yakin
pabila tiba masa nya nanti
mungkin bkn harini maupun esok pagi
harinya pasti akan tiba
bersama sinarnya mentari
memberi senyuman setiap hari
 
Doa
terus dilafazkan
terus diaminkan
terus dipohon
bersama hati yg ikhlas mengharap
supaya dekat hati seorang hamba dengan Pencipta
supaya terasa mudah jalan penuh pancaroba
membuat diri terasa kuat untuk terus berjuang
demi sebuah angan-angan yang diimpikan menjadi kenyataan!


Cahaya Naluri
10.02 pm
24/12/2013

One's For All..All for One

~Selamat Mendengar~

InsyaAllah..aku akan cuba

InsyaAllah..aku akan cuba

Jom beli Online..